BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Wednesday 8 February 2017

sabar itu indah~ mampukah aku??


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalamualaikum... 






bukan mudah untuk tanamkan kesabaran dalam diri ini.Tapi cubalah untuk belajar bersabar kerana hasilnya begitu indah, Ingatlah dugaan & ujian dariNYA pasti ada hikmahnya, dan sudah pasti ujian itu mampu kita lalui. Kerana DIA tidak menguji kita dengan ujian yang begitu berat yang mana kita tidak mampu hadapinya.

berpegang kepada kata2 yang memberi semangat,

disetiap kegelapan pasti ada terangnya
disetiap bibit DOa pasti ada petunjukNYA
di setiap kesulitan pasti ada jalannya, maka bertabah dan bersabarlah


diri kita adalah amanah dr الله. seharusnya kita menjaganya sebaik yang mungkin. jangan kita sia-siakannya dan binasakannya. jangan biarkan kejahatan, syaitan dan nafsu mengusai diri kita. Wahai adik-adikku, anak-anakku hargailah maruah dan harga diri kalian jangan biarkan kan ianya rosak. BERSABARLAH dengan ujian yang datang menimpa. yang baik jadikan taudalan yang buruk jadikan sempadan. 

apa yang diberi tidak pernah cukup. sentiasa mengharapkan yang terbaik . mengharapkan yang sempurna sedangkan yang diberikan tidaklah seberapa. semua ini mengajar aku supaya beringat andai aku di atas suatu hari nanti jangan lah terlalu menunding jari, mendabik dada dan yang penting paham keadaan org lain dan jangan terlalu mendabik dada. terima kasih kerana  KAU, KAU, KAU, KAU, KAU ,KAU , & KAU telah mengajar aku tentang harga diri dan mengajar betapa perlunya berfikiran rasional dan yang pasti bukan hanya mementingkan diri sendiri. kalian telah mengajar aku tentang KESABARAN walaupun kadang kala meluap2 dalam hati. biarkan ia bergolak dalam hati tp bukanlah ku semburkan kata2 itu.  

ingatlah, kita seharusnya bangkit dari 'tempat' kita jatuh itu dan teruskan senyum. jangan sesekali membina tembok bagi menutup masalah. yakin pada apa yang kita buat itu adalah benar. dalam masa yang sama terus untuk memperbaiki diri. ingat, jika orang mengata tentang kita selidik balik, pasti ada benarnya. kerana kita tidak cukup sempurna. yang perlu dikuatkan lagi KESARAN itu supaya kita terus berada di landasan yang betul. MARAH, AMUK bukan penyudahnya. 

air mata pernah mengalir untuk mereka2 yang cuba menjatuhkan aku. tp untuk apa?? sedangkan rezeki bukan dr mereka. الله yang tentukan. yakinlah, apa saja dugaan dalam hidup kita adalah petanda الله cuba mengingati kita tentang DIA. sedarlah kita, bahawa kasih sayang الله adalah segala-galanya. Tiada apa yang bisa mengatasinya.

belajarlah untuk mengurus kemarahan. Tenang. cukuplah, jangan terus membuka aib orang. belajar untuk mengadu pada الله bukan pada manusia. kerana الله yang akan memberi kita jalan.

tips mengawal marah:
  • DIAM. basahi bibir dengan istighfar
  • BASAH. basahi tanganmu dengan wudhu' sebagai terapi untuk menyejukkan diri
  • SABAR. teruskan bersabar kerana yakin الله akan memberi imbuhan atas kesabaran itu
  • MINUM. banyakkan minum air kosong kerana ia bisa menenangkan & menyejukkan. jgn lupa baca  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  • WANGI. memakai peangi setiap masa kerana ia mampu menstabilkan kemarahan . wangi-wangian bisa meransang diri untuk lebih tenang dan relax.
  • DOA. jangan berputus doa kepada tuhan yang maha ESA. supaya DIA berikan kita kekuatan & petunjuk kepada segala masalaah.


jika BENAR tidah perlu MARAH,
jika SALAH wajib meminta MAAF

salam sayang,

~SNA




No comments:

Post a Comment

NUFFNANG