BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Thursday, 6 April 2017

mereka kejiranan kerjayaku

who is sat beside me!!!!!next to me!!

AKU biasa-biasa je orgnya.. tetapi aku bersyukur kerana ALLAH selalu temukan aku dengan orang-orang yg luar biasa..  keadaan ini mula aku sedar sejak aku kerja di sini.. sebuah firma akitek yang gah dan tersohor. V  namanya... sosial.. xyh cakap la.. tp semua tu xla mengugat aku.. tp xpulak dorg labelkan aku anti-sosial.. aku suka kerja disini. pelbagai bnde yg aku pelajari bk shj kerja akitektur ni.. tp tentang kehidupan segalanya2.. org2 yg duduk disebelah aku di opis ni hebat2,,, byk ajar aku tentang kehidupan,,


wong.. lelaki cina yg agak berumur.. dia aja aku utk kerja kuat spy senang hr tua.. even dia single tp dia paham keadaan org2 yg dh berkahwin ni.. xperlu la nak OT sgt... tu dia slalu ckp..  life not only for our BOSS... coz.. we r the boss actually... so better spend masa untu dri sendiri dan famly. dia jugak aja aku utk jimat cermat... 

zaidi, byk menghiburkan hati aku.. tatkala aku sgt2 bersedih ketika itu.. dengan lawak2 bodo dia.. hehhee... but im not sharing with him my personal matter ok.. tp dia seolah paham.. so dia la yg buat lawak utk aku lupekan sikit2 apa yg aku alami..  ko buat aku x kering gusi... hehehe.." bkn all out tp all in" giloz... dia aja aku tentang hidup mcm mn pn kene teruskan.. hadapi dgn lapang dada.. masalah bkn penghalang dan beban yg menghalang untk kita kedepan.. ia adalah cabaran untuk kita lebih berjya

salem.. u treat me to work smart not work hard..  aku follow beb.. tp ade yg x ikut mcm tu..so akuxde pilihan.. sbb aku ni kuli2 shj.. tq sbb aja aku n suke perli2 aku.. tp apa yg dia ckp mmg betull.. kene setepek..!pakkkkk.. tersedar kejap.. sbb ade yg aku buat main ikot org je...  lawak ko memerli aku itu terkesan dijiwa tau!! a smart n brilliant guy with a work smart concept.. hehhe

bermula dengan kewujudan Jaina,, dia buatkan aku tampil menjadi org yg berani. aku respect dgn keberanian dan kesungguhan serta semangt dia buat kerja.. bg la dia buat sorg2 1 project pn x pa.. 
rajin... dan kemas orgnya.. workaholic & teliti going to be perfectionist ... dia layak!! sedikit sebanyak dia mempengahuhi keyakinan aku.. 

fara.. yang membuka mata aku untuk berbussines.. dia yg pupuk semngt aku utk berniaga.. walaupun x berjaya lg.. tp.. atleast aku dh mencuba. semnagt dia membuak2....  dia sbnarnya akitek tp opis amek dia utk partime ..  aku suke tgk cara dia manage & well planned kehidupan dia..

sap. org sabah bah... dia n jaina x jauh beza.. sama2 berani..sama yakin apa yg dorg buat.. tahap keyakinan diri dorg tinggi.. huh... hebat sungguh... dia rajin jgk tukar2 opis..bila dia rasa dia xleh berkembang kat satu tmpt tu.dia akan melompat ke tempat lain... kenapa aku x follow cr dia dan jaina... 

kiki.. shes always beside me.. banyak mengingtkan aku tentang kekeluargaan dan kecantikan ada pada setiap org jangan merasa rendah diri..  dia selalu mendengar luahan ht aku. keluh kesah aku.. ajar aku utk belajar masak.. hahah.. lempeng pn dia yg aja.. hehhe tq beb.  dia menyedarkan aku tentang hidup kt KL ni byk masa yg terbuang di jalanan.. anak2 membesar dgn pantas di dalam kesibukan bekerja dan kesesakan di KL.. kesian ank2 hr ni..  masa byk hbs  dgn jem2 di Kl.. wangsa maju.. ampang...waaaaaaaa tapi kiki dh pindah johor.. skali skala rs rindu... sbb aku dh xde rakan segosip aku... nasib ade lagi kawan2 lain tmpt aku mngadu domba.. tp.. x sama cubicle dan annex... 

skrg aku berada di zon yg lain.. berbeza dgn zon2 4 thn lepas...  dl aku ade kwn2 bernama pojie..jan ..azril.. kiki.. nizam .. geng yg bebas n enjoy di Annex 3,, namun takdir pisahkan kami dan akhirnya aku tercampak di lev 12.. waaaa..seram.. mcm2 ragam.. mcm2 org ade,..  well.. kat sini rata2 gj besar2,, aku biasa2 je,, pakai n minum aku pn biasa2 je.. teringin rs mewah mcm dorg tp aku x mampu.. so, decide to be myself..  OT tahap gaban kat sini. keja berlambak2 ..padahal 1 project.. huh.. dulu 4 project pna ku relax2 je.. skrg mcm nk gile.. waaa

anyway.. kat sini aku dapat lain.. aku dapat ALLAH.. ade 3 org yg buatkan aku terbeliak mata utk kembali ke jalannya.. belajar untuk mencari DIA Dulu aku byk leka.. mujur HELMI, Shahidan dan kak mus ade.. baik2 org sini.. kak mus ni.. special.. lembut dan sgt penyabar orgnya.. aku pernah la marah2..ungkit2.."udah2 la tu tie.. bwk bersabar' pakkkkkkkkkk rs kene sepak.. hehehe.. dia x pernah bawak aku utk teruskan kemarahan aku.. dia sgt2 baik.. x kisahla kj byk ke.. presure ke... dia still the same..  manis orgnya.. kalau ade la lelaki yg baik2 kat lua sana.. aku dh jodokan utk dia.. tp.. aku x jmpa yg layak utk dia.. sbb kwn2 aku pn biasa2 je... jauh n bandingkan dgn akak ni... 
opss sebelu terlupe ade sorg lg.. heheh Khairull..diala yg menDOWN kan org dia jugak la yang BANGKITKAN semangat seseorang. thanks bro.. hasil lukis dia pn not bad.. semangt dia kuat nk sketch dlm train hehehe.. bgs2.. aku bile lagi?????? helmi, dunk @ keyrol ni la yg buat aku smngt nk msk opis kdg2.. sbb dorg ni lawokkkk.... penghibur,,,

aku x tau lepas ni sapakah jiran2 aku.. aku bersyukur kerana jiran2 sekerja aku ni. baik2 belaka.. but.. after this im decide to find other job outside sana,, mngkin aku akn rindukan kalian.. sbb kalian byk mngajar aku tntg kehidupan.. korg la smngt aku nak  dtg keje kdg2 walaupun kadang2 aku dh fedup sgt dgn kerja ni.. balik2 aku je kene, hahahah..actually 5 years working @ V.. aku dh pindah 7 tempat... hahhaha hebat x?? bkn naik pangkat tp.. mcm2 la reasonnya.. hehhee...  sbb bisingla.. sbb bos kata tmpt aku ni hny utk akitek je.. so aku Dp kene la dok blakang2.. pastu sbb annex 3 dimusnahkan la.. dan terkhir sbb dh xde Dp utk project GLSB.. huhuhuhuhuh...

so, sebenarnya aku tgh mengumpul kekuatan utk meneruskan bidang ni.. berat rasanya.. sabar ,bln 7 ni penentu ya.. sabar2... ni mereka2 yg pernah menjadi jiran aku di opis..  kawan2 baik aku xde dlm senarai ni.. kisah korg lain kali ek... 

ok bye.. semua #mengumpulkekuatanuntuktinggalkanVA
salam sayang,
aina.alia@SNA

Monday, 20 February 2017

menabung~ Kalau Nak Berjaya - Altimet Feat Najwa Latif





ha.. layan lagu ni.. hayati lirik2 nya.. OPPPPsss bukan sahaja dgn melabur diASNB ek.. mcm2 cara lagi kita boleh praktikkan. terpulang pada individu untuk memilihnya.



saya, bukanlah orang kaya yang sentiasa ade duit. ya hutang hampir keliling pinggang. pening tau hari2 juga dok pikir mcm mn nak settlekan . xpa.. kita cuba perlahan2 dan settle 1per1.  hai la hati.. akan rasa tenang bila ade duit lebih, mula gundah bila duit diperlukan dalam saat2 yang sangat memerluakan.



apa yang anda rasa bila susu anak hbs hujung bulan dan gaji x dapat lagi?

apa pulak kiranya anak sakit time2 duit tiada?

nak balik kampung ade emergency, duit xda?

aduhhhhh.. pening wooooooooooooooooooooo..



siapa pernah kene, siapa pernah lalui? malukan nak pinjam sana sini. bagi yang pernah lalui tu, sudah2 lah beberlanja lebih, saat ini juga kita start menabung.  saya sendiri pernah di tegur rakan sekerja yang jauh lebih muda dr saya.. waaa time tu br dapat gj konon nak beli set LAneige,.. full set,, dah ambil ni.. dh nak bawa ke kaunter,,, lalu dia dengan ikhlas berkata:

 "kak, perlu ke beli brg ni? sekarang ekonomi kita x stabil. beberlanja mengikut keprluan bukan kehendah. 2016/2017 dan barangkali 2018  ekonomi kita x stabil. leboh baik akak simpan duit ni. yuran2 blaja akak dah settle ker?"

saya time2 tu jugak letak balik barang2 tu. syukur masih ada yang mengingatkan sy tentang beberlanja. serius. rakan2 kerja tau tabiat shopping saya. ade je nak dibelinya. Alhamdulillah, saya masih pegang kata2 Wany. dialah yang memberi tumbukan padu pada saya  awal tahun baru ni. hehehehhe



teringat time kecik2. saya memang akan menabung duit belanja sekolah.. Tahun 1995-2000 tu, kalau xde rm10-rm20 dalam poket bj skolah saya rasa tak tenang (time ni dh kira banyak sgt utk budak skolah). walhal, abah bg belanja sehari rm2 je,. saya akan bawa rm10 setiap hari. sebab takut kene tinggal bas ke.. saya lapa ke.. nak beli buku ke.. mcm2 la.. saya dulu amek upah dr abah cabut uban sehelai 5sen. kalau dgn mak rm1 sehelai sbb mak rmbut pnjang dan rambut mak x de uban pn.. kalau ade nasib2 je sehelai 2 je...  itula hasil duit tabung saya.. bila kira2 tabung masih x cukuo saya akan bawak tabung saya srh mak abah abg2 dan kakak serta adek saya sedekah dlm tabung saya,, lg 1.. sapa jumpa duit syiling time basuh kain kira dia pny la.. hehhehehe... tu pun hasil pendapatan sy tu.. seronok sgt zaman kecik2 ni..



ok jomla kita plan2 sama2 semntara masih awal tahun ni,



1 TARGET

apa taget anda nak  menabung. tetapkan sebanyak mana anda nak menyimpan setiap hari/minggu/bulan.

macam saya dekat opis joint kawan '52 weeks saving challenge' dekat rumah asingkan siap2 'petty cash'-)belanja mkn hari2 ke opis dengan suami) dan tabung syiling serta tabung anak2 -mana2 duit yang anak2 dapat hasil pemberian atok nenek pakcik2 dan makcik2nya.

2. 10% untuk simpanan
3. min 1/40 pendapatan dilaburkan ke jalan Allah
4. asingkan siap2 duit belanja dan komitment bulanan

Alhamdulillah ni la hasil tabungnya.. kami siap open kuiz teka jumlah duit lg ,,hehhehe




Wednesday, 15 February 2017

Prelovedbyainaalia

original nike ( soft fabric knit) for RM150 https://carousell.com/p/89410889 on #carousell

Wednesday, 8 February 2017

sabar itu indah~ mampukah aku??


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalamualaikum... 






bukan mudah untuk tanamkan kesabaran dalam diri ini.Tapi cubalah untuk belajar bersabar kerana hasilnya begitu indah, Ingatlah dugaan & ujian dariNYA pasti ada hikmahnya, dan sudah pasti ujian itu mampu kita lalui. Kerana DIA tidak menguji kita dengan ujian yang begitu berat yang mana kita tidak mampu hadapinya.

berpegang kepada kata2 yang memberi semangat,

disetiap kegelapan pasti ada terangnya
disetiap bibit DOa pasti ada petunjukNYA
di setiap kesulitan pasti ada jalannya, maka bertabah dan bersabarlah


diri kita adalah amanah dr الله. seharusnya kita menjaganya sebaik yang mungkin. jangan kita sia-siakannya dan binasakannya. jangan biarkan kejahatan, syaitan dan nafsu mengusai diri kita. Wahai adik-adikku, anak-anakku hargailah maruah dan harga diri kalian jangan biarkan kan ianya rosak. BERSABARLAH dengan ujian yang datang menimpa. yang baik jadikan taudalan yang buruk jadikan sempadan. 

apa yang diberi tidak pernah cukup. sentiasa mengharapkan yang terbaik . mengharapkan yang sempurna sedangkan yang diberikan tidaklah seberapa. semua ini mengajar aku supaya beringat andai aku di atas suatu hari nanti jangan lah terlalu menunding jari, mendabik dada dan yang penting paham keadaan org lain dan jangan terlalu mendabik dada. terima kasih kerana  KAU, KAU, KAU, KAU, KAU ,KAU , & KAU telah mengajar aku tentang harga diri dan mengajar betapa perlunya berfikiran rasional dan yang pasti bukan hanya mementingkan diri sendiri. kalian telah mengajar aku tentang KESABARAN walaupun kadang kala meluap2 dalam hati. biarkan ia bergolak dalam hati tp bukanlah ku semburkan kata2 itu.  

ingatlah, kita seharusnya bangkit dari 'tempat' kita jatuh itu dan teruskan senyum. jangan sesekali membina tembok bagi menutup masalah. yakin pada apa yang kita buat itu adalah benar. dalam masa yang sama terus untuk memperbaiki diri. ingat, jika orang mengata tentang kita selidik balik, pasti ada benarnya. kerana kita tidak cukup sempurna. yang perlu dikuatkan lagi KESARAN itu supaya kita terus berada di landasan yang betul. MARAH, AMUK bukan penyudahnya. 

air mata pernah mengalir untuk mereka2 yang cuba menjatuhkan aku. tp untuk apa?? sedangkan rezeki bukan dr mereka. الله yang tentukan. yakinlah, apa saja dugaan dalam hidup kita adalah petanda الله cuba mengingati kita tentang DIA. sedarlah kita, bahawa kasih sayang الله adalah segala-galanya. Tiada apa yang bisa mengatasinya.

belajarlah untuk mengurus kemarahan. Tenang. cukuplah, jangan terus membuka aib orang. belajar untuk mengadu pada الله bukan pada manusia. kerana الله yang akan memberi kita jalan.

tips mengawal marah:
  • DIAM. basahi bibir dengan istighfar
  • BASAH. basahi tanganmu dengan wudhu' sebagai terapi untuk menyejukkan diri
  • SABAR. teruskan bersabar kerana yakin الله akan memberi imbuhan atas kesabaran itu
  • MINUM. banyakkan minum air kosong kerana ia bisa menenangkan & menyejukkan. jgn lupa baca  بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  • WANGI. memakai peangi setiap masa kerana ia mampu menstabilkan kemarahan . wangi-wangian bisa meransang diri untuk lebih tenang dan relax.
  • DOA. jangan berputus doa kepada tuhan yang maha ESA. supaya DIA berikan kita kekuatan & petunjuk kepada segala masalaah.


jika BENAR tidah perlu MARAH,
jika SALAH wajib meminta MAAF

salam sayang,

~SNA




Saturday, 17 September 2016

KIDS DEVELOPMENT - popsicle.rainbow.fruity.icepop


assalamualaikum semua.. hai hari ni sy nak share buat popsicle fruity icepop ni.. rainbow2 lagi.
erm.. sbnrnya buat ni lst 28 ogos 2016 yg lepas.. xdan nak update la.. ni sebenarnya time beday en.hubby hr tu so.. srh si anak2 yang buat utk abah mereka. 
untuk pupuk semangat menghargai satu sama lain. nuurAB mmg suka la buat2 benda2 macam ni.. si nuurAD dia mmg suka mngacau. tp apa2 pn enjoy buat dengan anak2.



tara........................................................................... buah2nya yang fresh
hadiah anak2 buat abah tersayang


Friday, 16 September 2016

KIDS DEVELOPMENT - origami cats


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

sebut pasal origami , teringat zaman kecik2 buat kapal, kapal terbang.. hehehe.. x brp byk yang saya tau time kecik2 dulu sebab kurang pendedahan.. tp ade guna sapu tangan buat "nasi lemak " hahhahaha.. buat lampin.. buat buaian baby.. hehehe.. tu zaman  kecik2 saya..

sekarang turn saya aja anak2.. dari pada mngadap handset je nuur2 saya tu lebih baik kita buat aktiviti berfaedah ya syg2 ibu. ni 1st time kita berorigami ye.. nnt insaALLAH sy update lagi ya.. 
ini dia..hasil kita hari ni

SAYA CUBA DI SINI.. banyak lagi blog2 yang aja buat origami ni..

jom kita tg apa kebaikannya/faedahnya :
1.melahirkan insan yang kreatif
2. mematuhi arahan
3. ketelitian
4. seronok
5. mengisi masa lapang 




KIDS DEVELOPEMENT- save.the.nature

assalamualaikum.. ni aktiviti munggu pertama september 2016. kasi semangat untuk anak2 untuk menghargai alam sekitarnya. mak mertua saya memamng byk pokok yang ditanamnya. rajin. so amek la ilmu sikit2. dan nak kasi anak2 saya ni oegang tanah.. alamaklumla sejak2 ade magnatic sand tu.. ramai parents yg sanggup keluarkan duit utk kasi anak pegang pasir.. nak main pasor pn kene bayar tau sekarang!!!!!!!!.. tp saya sendiri bercita2 nak beli magnatic sand tu.. nak kasi deria ransangan anak lebih peka.


ni barang2 yang digunakan
ni antara pkok yang nak di transfer ke pot yg lebih kecil

gembur ..jangan x gembur

bersungguh jugak si nuurAB, maaf nuurAD x bangun lagi time ni

ni la dia.. comeykan.. hari2 nuur2 menyiramnya..

Saturday, 13 August 2016

FORMULASI TERBARU: ALORA ROSE


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
hari ini saya ingin memperkenalkan satu produk baru yang sesuai buat lelaki dan perempuan.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


ANDA MEMILIKI MASALAH INI?

kulit kusam?
jerawat?
kulit berminyak?
tumit merekah? 
letih?
bibir kering?
kuku dan rambut kurang sihat?



jangan risau..insyaAllah ALORA ROSE boleh menyelesaikannya satu persatu.
Dengan kandungan 1000mg Multivitamin, Glutathione & Ekstrak Tulen Laici, kulit akan menjadi lebih berseri dan cerah. tiada lagi kusam di wajah. InsyaAllah

di sini saya nak share kan beberapa testimoni:


kulit semakin berseri2

parut jerawat semakin pudar dan muka bertambah berseri & glowing

kulit pengguna ALORA ROSE semakin sihat

kesan yang positif kepada pengguna



bekas jerawat semakin kurang
ini semua antara hasil testimoni dari page #alorarose ..jadi apa lagi.. bagi anda yang runsing dengan tahap kesihatan kulit anda kami sedia membantu...

hubungi saya: AINA.ALIA FB ...PM box sy untuk sementara waktu ini.. 

salam sayang,

aina.alia makabah


Thursday, 11 August 2016

laici oh laici: ALORA ROSE

assalamualaikum..#salamseper3malam... harap2 semua kawan sihat ya. hari sy nak memperkenalkan satu product baru iaiutu ALORA ROSE dimana product ni hasil keluaran kawan baik sy yg dok kt SP.. jauh sungai petani tu.
Rawat luaran dan dalaman
- - - - - - - - - - - - - - - - -
kalau nak flawless.. jom cuba.. Rawat luar dan dalam..
sehari 1 candy dah cukup sbb 1000mg tau!! hisap dan kunyah jerr... rasa masam manis laici..

Dah ramai yg cuba dan berpuas hati..
PROMOSI BULAN KEMERDEKAAN...

5 kelebihan Alora Rose Flawless Candy :
- Rasa yg sangat sedap ( hanya hisap dan kunyah )
- Harga yg sgt berpatutan ( untuk sebulan )
- Hanya 1 tablet sehari (1000mg multivitamin + gluta + laici )
- Mudah di bawa bersama ke mana sahaja
- Boleh merawat pelbagai masalah dengan 1 supplement


Kebaikkan flawless candy :
- merawat kulit kering dan kusam
- menghilangkan parut & jerawat
- mencerahkan kulit
- merawat jeragat
- mencantikkan kuku
- merawat bibir kering dan pecah
- merawat tumit kaki yang merekah
- menghilangkan rasa letih dan mengantuk
- menambah tenaga
- mengecilkan pori
- merawat kulit kepala dan rambut gugur




Friday, 29 July 2016

Bermulanya 1 perancangan hidup yg baru

Hari ini pengakhiran bulan julai2016.. esok dah masuk bln Ogos..
Tidak perlu tggu esok br nak mula sesuatu yg baik.. trs mulakannya sekarang..
Ya allah permudahkanlah segala urusanku   berikan petunjuk dan jalan yg betul untuk aku trs memperbaiki segala kekuranganku.. memperbetulkan apa yg silap.. memperkukuhkan sgl yang ada.. 
Pelbagai perancangan yg terkandas... segala yg diatur bkn mudah untuk dilaksanakan.
1st skali jgn MALAS......

NUFFNANG