BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Saturday 19 March 2016

KENAPA LIBRARY KURANG DIKUNJUNGI??

assalamualaikum.. hari ini saya ingin meminta pendapat saudara/saudari mengenai penggunaan library pada hari ini,, ada sedikit research tentang library dan masih mencari idea2 baru untuk menghasilkan library yang baik dalam masa yang sama ingin tabiat membaca ni dipupukkembali. terutama dari kecil lagi.
sumber: http://parsons.mykansaslibrary.org/?p=3893


saya tau anda semua insan2 moden yang mungkin barangkali merasakan library ni dah tak berapa penting? adakah anda berpendapat begitu? please dont say YESS utk pernyataan tadi.. tp saya masih perlukan khidmat anda tentang library. apa-apa sahaja yang anda rasakan /feeling terhadap library.

baik,
 bila diajukan soalan  tahu tak apa itu library? 1st dalam otak kita mesti fikir oh library tu tempat banyak buku.tak boleh bising dan terbatas segala2nya.. ade yang rasakan ianya BORING!!! tapi tak semua yang rasa library tu tak best.. masih ada yang suka ke library tapi berapa %? masih dalam kajian saya..

jelas kita lihat sememangnya library ni sekarang sudah kurang pengunjung. SEPI. apa yang dapat diperhatikan terdapat beberapa faktor kesepian library ni. baik library sekolah, IPT, atau pun public library.

  1. lokasi kurang strategik
  2.  kurang promosi/galakan
  3.  suasana muram/tak menarik
  4. koleksi kurang up-to-date
  5. aktiviti terhad
  6. pustakawan kurang mesra
  7. kekurangan fasiliti (aircond,wifi)
selain itu juga
  1. semangat membaca tidak dipupuk dari kecil oleh ibubapa
  2. tanggapan perpustakaan hanya untuk "budak skema"" nerd"
  3. remaja 
    1. kini gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan di shopping complex
    2. lebih menggemari dunia fashion dan hiburan (tutorial make up or pakai tudung belambak2..)
    3. terlalu asyik bercinta (xde masa dah nk membacabuku  sbb asik berbalas whatapps/wechat dll)
  4. pendedahan kepada gadjet terlalu awal bagi kanak-kanak(nak kasi anak2 diam, tak ganggu mak ayah buat kerja/elak meragam)
  5. internet mendahului segalanya kerana cepat dan pantas(tak dapat dinafikan)
  6. toko-toko buku lebih selesa (MPH, kinokuniya)
sumber: http://thejohnfox.com/category/library/

OLEH ITU SAYA INGIN MEMINTA PENDAPAT KALIAN SEMUA , ADAKAH ANDA GEMAR KE LIBRARY/PERPUSTAKAAN DAN APAKAH FAKTOR ORANG KURANG MENGUNJUNGI LIBRARY PADA HARI INI?

Sekian, terima kasih 

salam sayang,
aina.alia

8 comments:

  1. hai..syifa rasa antara sebab org malas ke libraray:

    1)kurang tarikan
    2)kurang hiburan
    3)tak ada kesedaran
    4)jauh
    5)banyak dugaan/tarikan diluar seperti tv, dan pusat beli belah
    6) malas

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi memberi pendapat.. ye. ada betulnya apa yg saudari nyatakan.. agak2 klu library tu di perbaiki berpandukan senarai kelamahan yang awk berikan tu,. awak mahu kunjungi library tak selepas ini.? apa yang dimaksudkan dengan jauh? bagi awak perlu dekat dgn rumah? sekolah atau sesuai berada di mall?

      Delete
  2. di zaman moden ini semua maklumat boleh dapat dihujung jari, sebab tu fungsi library kurang berbanding zaman dulu. Yang ramai datang ke library hanya untuk buat research sebab maklumat di internet tidak relevan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi memberi pandangan. ya betul sebab itu saya mahu kekalkan fungsi library sebagai pusat rujukan utama . seperti saudari katakan internet selalu tampilkan maklumat yang tidak relevent . namun bukanlah saya menolak kemodenan.

      Delete
  3. Salam
    sy salah seorang yg suka lepak di library
    cuma utk masa skrg ni,mgkin faktor teknologi canggih semua boleh dapat d hujung jari,mak ayah sibuk,aktiviti sekolah yg penuh,jadi terbatas nak kesana ..hihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, dulu saya suka ke perpustakaan. Tapi tidak lagi sekarang..... Mudah mendapatkan maklumat dengan melayari internet menjadikan saya banyak membaca secara terus di alam maya. Antara sebab utama saya mula menjauh dari perustakaan ialah layanan yang diberikan oleh pustakawan yang pernah saya terima. Pada tanggapan saya beliau bertugas di kaunter adakah kebarangkalian sekadar suka-suka bekerja dan hanya ternanti-nanti akan gaji sahaja..... sebabnya baru satu dua perkara yang saya tanya, jawapan dari beliau adalah "tidak tahu",ëntah" ..... perpustakaan yang saya kunjungi itu tidak tentu waktu buka dan tutupnya. Kekadang saya datang dengan harapan, tapi pulang dengan hampa sebab ia ditutup tanpa notis tertentu.

    Cuma saya kekadang singgah di perpustakaan tempat saya mengajar bila ada kelapangan. Saya tertarik kerana gurunya memang seorang yang rajin, walaupun tiada pengalaman mengurus perpustakaan sebelum ini. Perpustakaan dihias indah walaupun kecil. Beliau sering memberi info berkaitan perpustakaan, menggalakkan kempen membaca. Amat bertanggungjawab. Pendek kata layanan pustakawan juga mempengaruhi pengunjung untuk hadir ke perpustakaan.

    ReplyDelete
  5. klu masa skolah dulu aku rajin gak gi library., tp bukn gi bca buku., gi monteng., huhu
    rasa rindu plak nk gi library., tp skang klu nk cari bahan google kn ader.,

    ReplyDelete
  6. saya suka pergi library. baca buku kat sana. tapi kalau boleh baca buku kat library tu untuk tambah pengetahuan yg bukan bidang sy la. clasic. kalau bidang sy, sy kena study dekat rumah. haha

    ReplyDelete

NUFFNANG