BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Showing posts with label nukilan & karya. Show all posts
Showing posts with label nukilan & karya. Show all posts

Monday, 21 March 2016

yakin janjiku

YAKIN JANJIKU

bangunlah wahai jiwa
bangkitlah wahai raga
jangan turutkan kata benci
usah abaikan rasa hati
kerana hari ini tak mungkin seperti semalam
kerana esok adalah harapan menepis kelam

biarkan yang pahit berhenti disini
berikan sirna mengiringi diri
abaikan segala kelat di hati
tinggalkan kulat yang melekat di kaki
gugurlah segala caci maki
berdiam diri , dekati ILLAHI

payah telah dilalui
perit usah dikesali
suka duka silih berganti
bahagia jangan lah pergi
cinta datanglah kemari
kasih kekallah dihati

bukan kata indah semata
jangan janji tidak dikota
hati senang bila bersama
saat jauh rindu bergelora
kuabadikan cinta selamanya
dari dinda buat kanda

~SNA

Tuesday, 8 March 2016

HENTIKAN

dalam dia ada kau
dalam kau ada dia
dalam aku ada kau

semua kau berang
semua kau juang
semua kau serang
semua kau menang

hai,
sampai bila pandang negatif
sampai bila tiadanya positif
sampai bila-bila pun la jerih

jerih perih kau usaha
pekik lolong kau meronta
namun tiada siapa yang peka
kerana balik-balik engkau sahaja
yang mengadu domba
usaha hanya untuk mendabik dada 

cukup-cukup la 
engkau aku dia semua sama
makhluk tuhan yang tiada kuasa
banyakkan berdoa agar segalanya kembali lega

~SNA

Sunday, 23 August 2015

mintalah kepada Allah

pelik sungguh hati ini,, menagis ketika melihat cerita lawak.. namun ku bawa hati mencari apa kah sebabnya,,, cari dan terus mencari.. aku hilang satu persatu..Allah gantikan lebih dari itu.. ALAH tarik satu persatu milik aku.. tp ALLAH beri kekuatan dan keyakinan yang tidak pernah aku sangkakan,,, aku bersyukur aku masih ada ALLAH yang sentiasa dengar rintihan dan rengekkanku/..

aku bersyukur kerana Allah mendengar rintihan hati.. ALLAh sellau beri aku petunjuk atau petanda yg seringkali menjadi tanda tanya dihati.. aku, hambaNYA yang selalu melupakannya.. selalu meminta ketika aku diujiNYA. x kisahlah ujianNYA berat atau ringan.mampu atau tidak mampu aku hadapi namun ujiannya tetap aku harungi.

bukan sekali dua Allah dengar doaku.. tapi kenapa ku masih lalai ? kenapa bila tersadung baru aku nk buka mata? betapa lalainya aku,, Allah juga sudah lali dgn perangaiku agaknya.

aku, bila keresahan sudah pasti meronta2 memohon keampunan dan segera aku memanjatkan doa.. jika aku berasa lemah aku memohon Allah berikan kekuatan padaku.. jika aku was-was aku gagahkan diri mencari keyakinan berpandukan doa atas petunjuk yang diberikan,,

bukan senang nak dapat apa yang kita nak.. sapa yang boleh beri kebahagiaan pada kita? manusia? belum tentu.. Allah pasti YA.. kerana jika sejjuta org membenci, mengkhianti kita, mnyakiti hati  kita.. tetapi jika kita sentiasa ada ALLAH pasti DIA akan merawat segala duka lara.  kasih sayang Allah dan rahmatNYA lagi bermakna dan itula yg harus dicari. yakin pada pada ALLAH.. yakin pada janjiNYA..

cukup utk merayu pada manusia.. cukup untuk menegakkan keadilan. cukup untuk bertegang urat untuk menyatakan siapa bena atau salah,,"cara kau salah ikot cara aku" dan cukup2lah menyakiti hati diri sendiri..usah sekali mnyakiti hati org lain...dan  untuk apa berbohong pada diri sendiri.. untuk apa berpura2 pada semua mata jika hati derita,, tp.. kita sanggup telan duka n duri sekalipun demi melihat orang sekeliling kita bahagia.

gerakan hati merupakan petanda ianya benar2 telah terjadi atau mungkin terjadi pada masa itu dan mngkn ianya akn terjadi suatu hari nnt.. namun bahaya juga terlalu bergantung pada gerak hati ..ini kerana syaitan mngkin ingin memperdaya kita. oleh itu ...solat 5 waktu jgn diabaikan.solat istikarah,sola hajat akan membantu kitaa jika dalam kesulitan,

siapa yang tidah ingin bahagia?
siapa yang tidak mahu tenang?
siapa yang tidak mahu kaya?
siapa yang tidak mahu snang?

lihat diri pandang cermin
apa kurang perlu diperbaiki
bukan harap orang jamin
tapi harap ALLAH berkati

aku belajar tentang kasih sayang dengan ujianNYA
aku belajar tentang kejujuran dari petunjukNYA
aku belajar pentingkan diri dari kuasaNYA
aku belajar menagis dari dugaanNYA
aku belajar tersenyum dari rahmatNYA

aku kenal cinta dariNYA
aku kenal dia olehNYA
aku kenal dunia atas agungNYA
aku kenal bahagia atas kasihNYA

jatuh bangun aku bersamaNYA
sedih pilu ku luah padaNYA
sakit derita kulaungkan padaNYA
senyum tawaku keranaNYA


~SNA

lanjutkan harapan & DOA



Monday, 10 August 2015

go away!bangkit semua!tiada yg lebih baik dr apa yg ditetapkan buat kita.. teruskan tabah dan berusaha untuk org2 yg tersayang


kau.
kau pernah hadir merubah sgl tentang aku.
kau pernah cuba untuk menjatuhkan aku.
kau dtg tanpa pikirkan aku

aku bangkit.
aku bangun.
aku terus berdiri
ketepi sgl yang mencalar hati

kau dan aku
pendirian kita x sama
tjuan kita x sama
matlamat kita lg x sama.
yang sama hny masa dan ketika

sekarang.. pergila kau ke tempt asal kau
jgn pernah dtg lagi menginap di sangkar aku
pergi kau terbang mncari matlmat kau
kerana matlamat kau bkn disini dgn aku
kerana engkau sikit tidak pernah menghormati aku

jika dl kau pernah kokak kehidupan aku
hentikan sgl aktiviti rakus mu membinasakan taman beradu
ckp la aku terakhir engkau khianati
jgn kau ulangi lagi pd  yg lain.

bkn aku beri kau peluang
tp Allah beri aku ruang utk berpikir
kau x layak dijadikan pengganti
tidak cocok dijadikan kekasih

~SNA

Wednesday, 5 August 2015

tentang seseorang

merenung jauh tanpa kerdipan mata,
aku lihat suatu cahaya  ,
di situ ada bahagia,
kerana itu la sirnanya,,,

disini kita masih setia,
memegang janji dan kata-kata,
berharap cinta terus mekar,
dr awal hingga terpejam mata..

tiada madah bisa diluah,
tiada langkah bisa merubah,
sanggup bersudah payah,
demi menghargai anugerah Allah/.

senyum mu pengubat duka,
tawamu penghibur lara,
belaimu hilangkan sengketa,
setiamu buatku bahagia.

~SNA
selamat malam cinta

Tuesday, 2 June 2015

AKU.

Asslamualaikum..

aku
hanya wanita biasa,
kelebihan dan kekurangan macam org lain juga,
paras rupa tidak seindah mana,
namun masih bersyukur pada YANG MAHA ESA.

aku,
melihat sekeliling, kiri dan kanan,
sedetik aku menoleh ke belakang yang penuh kenangan,
gagahkan diri terus mara kehadapan,
kerana setiap langkah adalah harapan..

aku,
bukan harta yang aku kejarkan,
namun mencari harta demi menyampaikan kebaikan,
butuh harta untuk buat kebaikan,
tetapkan pendirian, bukan harta untuk disimpan,

aku,
tidak sebijak para cendiakawan,
namun cita2ku setinggi awan,
bangkit melihat kejayaan kawan-kawan
yg sentiasa mnjadi panduan.


aku,
tidak pernah simpan rasa dengki dgn rezeki yang mereka miliki,
tidak sekali mendabik membangga diri
sentiasa  mncari sesuatu yang beerti,
cuma kadang kala, sifat diri di salah erti
oleh mereka yg tidak mengerti

aku,
pernah dibenci dan di maki,
namun aku tetap berdiri,
berdiri disini disamping ank2 dan suami
buang semua rasa benci,
cuba menerima kenyataan ini,

aku,
ada yg menyatakan aku sombong, pentingkan diri,
tp aku msh cuba untuk memperbaiki diri,
melihat setiap pelosok diri
jgn smpi memakan diri..

aku,
inilah aku,masih disini, mencari sesuatu,
aina alia makabah bukan namaku,
tp nama itu memberi makna bagiku..
bukan tidak suka pada namaku,
tp aina alia adalah matlamatku.

~SNA


NUFFNANG