BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Tuesday 2 June 2015

AKU.

Asslamualaikum..

aku
hanya wanita biasa,
kelebihan dan kekurangan macam org lain juga,
paras rupa tidak seindah mana,
namun masih bersyukur pada YANG MAHA ESA.

aku,
melihat sekeliling, kiri dan kanan,
sedetik aku menoleh ke belakang yang penuh kenangan,
gagahkan diri terus mara kehadapan,
kerana setiap langkah adalah harapan..

aku,
bukan harta yang aku kejarkan,
namun mencari harta demi menyampaikan kebaikan,
butuh harta untuk buat kebaikan,
tetapkan pendirian, bukan harta untuk disimpan,

aku,
tidak sebijak para cendiakawan,
namun cita2ku setinggi awan,
bangkit melihat kejayaan kawan-kawan
yg sentiasa mnjadi panduan.


aku,
tidak pernah simpan rasa dengki dgn rezeki yang mereka miliki,
tidak sekali mendabik membangga diri
sentiasa  mncari sesuatu yang beerti,
cuma kadang kala, sifat diri di salah erti
oleh mereka yg tidak mengerti

aku,
pernah dibenci dan di maki,
namun aku tetap berdiri,
berdiri disini disamping ank2 dan suami
buang semua rasa benci,
cuba menerima kenyataan ini,

aku,
ada yg menyatakan aku sombong, pentingkan diri,
tp aku msh cuba untuk memperbaiki diri,
melihat setiap pelosok diri
jgn smpi memakan diri..

aku,
inilah aku,masih disini, mencari sesuatu,
aina alia makabah bukan namaku,
tp nama itu memberi makna bagiku..
bukan tidak suka pada namaku,
tp aina alia adalah matlamatku.

~SNA


No comments:

Post a Comment

NUFFNANG