BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Wednesday 5 August 2015

Cermah islam dlam jodoh - Ustaz Kazim Elias Kalau Dah Jodoh FULL







semarakkan cinta setiap hari seperti hari pertama nikah....

terfikir sejenak tentang kifarah...
jom kita belajar sikit hari ni tentang kifarah: nk lebih lanjut di sini ya APA ITU KIFARAH
Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengaishi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10)


2 comments:

  1. Moga kita tergoling dalam golongan insan insan yang penyabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3... sabar adalah perisai utama dlm kehidupan...

      Delete

NUFFNANG