BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Wednesday, 25 November 2015

TAKUT

HIDAYAH  bukan akan datang sendiri,, tetapi kita sendiri yang harus mencari HIDAYAH . cari. mintak. dan insyaALLAH ia akan datang. aku, masih jauh lagi . banyak lg yang perlu aku pelajari dan lengkapi. TAKUT. Takut aku hanyut dengan keindahan dunia. Takut aku lalai dengan perintahNYA. takut aku pergi sebelum sempat berubah. dapatkah ALLAh menerima amalan2ku?

"ya ALLAh ampuni dosa2ku Ya Allah.. berikan aku hidayahMU YA ALLAH"

untungnya orang mendapat hidayah ALLAH. ia memang datang dari ALLAH s.w.t tetapi kita harus berusaha untuk mendapatkannya. iman kita ini kadang-kala ada pasang surutnya. dengan itu seharunya kita sentiasa mempertingkatkan amalan ibadah kita,

berbalik pada TAKUT.. mcm2 benda yang aku takut. takut mati dalam kekufuran. aku takut tinggalkan anak2ku dalam kesusahan. aku takut hilang pekerjaan. takut rezeki ku ditarik.. paling2 takut kalau aku gagal dalam mendidik anak2ku dan aku gagal dalam membantu suami ku dlm menjaga keharmonian dan kesejahteraan rumahtanggaku.


kalau sebut pasal hutang. Ya ALLAh lagi la takut. jangan pandang remeh pasal hutang. kadang kala.. kita ni sebut dengan suami/isteri ..pinjam ek.. " abang, syg x cukup duit, pinjam dulu duit abg... " tp x bayar .... wlu mati syahid sekali pun silap2 sangkut nanti..tu dgn suami, belum dgn kawan2 adek bradek.. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... takutnya.. blm PTPTN,
loan blaja.. loan dgn mak abah,.. takutnya YA ALLAH x terlangsai hutang ini sebelum mati...
"ya Allah lapangkan lah rezeki ku.. permudahkan la sgl urusan baik2 ku dan berkatilah rezeki ku."

jom kita dengar ceramah ini sama2 ya..


Sunday, 15 November 2015

SEMALAM,HARI INI DAN ESOK

assalamualaikum,.. lama sungguh tidak berblog.. terlalu bz dengan kerja2 opis dan proses membahagikan masa yang semaksima untuk anak2 dan suami. sambil2 belajar dan membaca hal2 berkaitan mendidik dan mengasuh anak.

ermm, baiklah,. tiada apa yang terlalu penting yang untuk disampaikan kepada rakan2 yang sudi membaca post saya kali ini. memandangkan saya bukanlah orang yang bijak bertuturkata semuanya main hentam sahaja. maka bacalah dengan tenang ya.. heheh

berkenaan post saya hr ni.. SEMALAM.. adalah setiap yang telah kita lalui.. adakah cukup baik dan sempurna apa yang kita telah lakukan.  segala yang baik kita rasa seronok dan bahagia,. kalau boleh nak berulang2 segala kebaikan dan keseronokan itu,. tp yang BURUK?? pasti kita hendak ia tinggal jangan la dok ikot kita ke hari ini,. betul x? perkara yang mnyusahkan .. perkara yang melukakan hati  stop la kau disitu.. dah jgn ikot aku lg betul x?  sebenarnya,. semalam adalah segala pengajaran dan panduan.  tanpa semalm maka tiadalah hari ini...

apa yang kita mkn semalam hasilnya pada keesokan hr nya.. begitulah.. apa yang kita makan HARI INI adalah mencerminkan tahap kesihatan kita pada hari tua nanti. mungkin hari ini berkilo2 daging , kolestrol lemak2 dan asid yang kita telan.. hari ini kita mngkin yakin arghhhh xde apa2 lah.. tp hari tua nanti mcm2 la sakit.. itu ini.. itu x boleh mkn.. ini x boleh sentuh.. ermm tengok je,, bila nikmat Allah di tarik maka terasa la siksanya ,, nk mkn itu ini pn kene berpantang,,, huhuhu,,,  x payah ckp tua nanti.. ni sekarang saya yg 30 thn ni pn dah  perut  melayot..suatu hr tu penah kene sakit tumit., wahhhh,,, bahaya2..mungkin sbb bdn naik atau aisd tinggi dlm badan.. ade yang kata ade prolem dlm sistem peranakan mcm peranakan jatuh,,, tp... seringkali bg alasan  badan naik.. yela. anak dah 2.. itu la alasan saya. ohh no.. kesihatan .. dan pemakanan kene jaga,,, mulai hari ini... sebelum terlambat!!!!

 baiklah, . gaya hidup sihat kita hari ini mencerminkan kehidupan dan kesihatan kita hari esok, jika hari ini kita tidak mengamalkan pemakanan dan kesihatan yang sempurna kita mudah mengundang pelbagai penyakit di hari tua kelak.INSYA ALLAH

ESOK. belem tentu lagi dan kita sendiri pn x tau lagi bagaimana keadaan kita. so hari ini kita kenelah bekalkan sesuatu yang baik untuk hari tua. bkn cerita pasal pemakanan je ek.. tp amalan juga jgn lupakan,..

mcm tadi.. sy katakan pemkanan yang x berapa sihat tu akan menimbulkan penyakit, tp. igt.. kadang kala sakit itu adalah nikmat,.. jgn persalahkan Allah kerana kita diuji dengan penyakit2 ini, tp igt la., sakit ini memberi seribu makna.. Allah sayangkan kita.. Allah beri pesanan kepada kita melalui sakit. igt balik apa yang kita pernah buat dgn tangan kita,, igt balik apa yang kita pandang dan tengok di masa lapang kita.. selidik balik mana kaki kita melangkah sebelum2 ni..

saya bercakap bukan bermakna saya terlalu baik .. dosa.. saya pasti ada,. tp ini juga peringatan buat saya,, dan panduan buat saya ,,anak2 dan suami serta anda semua..  okla,,, sy rehat dulu..sambil2 tu dengar la video penuh makna ini....

assalmualaikum,
salam sayang dr  aina.alia


Monday, 7 September 2015

[Lawak] Kisah Ustaz Menyamar Jadi Menteri-Ustaz Abdullah Khairi

assalamualaikum... sedih n menyentuh perasaan diselitkn dgn ilmu dan lawak... semoga 1 hr nnt sy dpt mnjejakkn kaki ke tanah suci makkah....

Wednesday, 2 September 2015

Cerita Istri Nabi Muhamad Saw Yang Sangat Patuh

assalmaulaikum.. hai lama x update blog ni.. huhu salam merdeka semua.. hehe maaf lambat.. semoga kita semua paham apa itu erti kemerdekaan dan mnghargai sgl usaha nenek moyang kita dlm memerdekakan negara kita ni...

mlm ni nak share video UKE ni... ade part yg mana "perempuan hilang akal jika....." huhuhuhuhuh ... semoga suamiku terus sabar dgn aku yg mcm2 kerenah ni.. huhuhuh




wahai isteri.... "kita2 ni isteri ni bukan lawan suami kita"..lawan pn istr ttp kalah ..hehhehehehhe.. sabar2 ya wahai2 isteri semua...



Wednesday, 26 August 2015

Lempeng dengan sambal kerang

Assalamualaikum... mlm ni beli burger je.. tp nth en.husband x kenyang kot request lempeng pulak... heheh.. mst ada yg kata lempeng pn nak bg tau org   hehhe.. ni peberet kami tau...

Sy mula2 kawen asik buat x jadi jek.. klu jadi pun x cun la.. x  garing la.. dan mcm2 kerenah la... heheh.. tp MIL sy pny lempeng mmg terbaik..heheh..
Sbelum g keje klu MIL wt lempeng huis sggp msk opis lmbt sikit semata2 nk menyantap lempeng itu...

Kisah lempeng ini.. sy siap belajar dgn kwn sy nak buat lempeng..kdg2 mcm teruk sgt je bunyinya.. tp x ksh la... mmg sy akui..sy x dpt buat lempeng tu btl2 yg nak diingini.. hehehe.. smlt mnjamu selera semua

Sunday, 23 August 2015

erm.. say ax berkesempatan nk buat apa2 tutorial. lg pn sy ni x reti sgt nk aja.. takut salah  erti kata lain x berani jadi cikgu lg. huhuh.. apa2 pn saya just share link kat sini ek utk panduan saya dan anda semua:

Tutorial Widget Komen Terbanyak Untuk Blogger Dengan Avatar



~AKAN DIUPDATE LAGI....


mintalah kepada Allah

pelik sungguh hati ini,, menagis ketika melihat cerita lawak.. namun ku bawa hati mencari apa kah sebabnya,,, cari dan terus mencari.. aku hilang satu persatu..Allah gantikan lebih dari itu.. ALAH tarik satu persatu milik aku.. tp ALLAH beri kekuatan dan keyakinan yang tidak pernah aku sangkakan,,, aku bersyukur aku masih ada ALLAH yang sentiasa dengar rintihan dan rengekkanku/..

aku bersyukur kerana Allah mendengar rintihan hati.. ALLAh sellau beri aku petunjuk atau petanda yg seringkali menjadi tanda tanya dihati.. aku, hambaNYA yang selalu melupakannya.. selalu meminta ketika aku diujiNYA. x kisahlah ujianNYA berat atau ringan.mampu atau tidak mampu aku hadapi namun ujiannya tetap aku harungi.

bukan sekali dua Allah dengar doaku.. tapi kenapa ku masih lalai ? kenapa bila tersadung baru aku nk buka mata? betapa lalainya aku,, Allah juga sudah lali dgn perangaiku agaknya.

aku, bila keresahan sudah pasti meronta2 memohon keampunan dan segera aku memanjatkan doa.. jika aku berasa lemah aku memohon Allah berikan kekuatan padaku.. jika aku was-was aku gagahkan diri mencari keyakinan berpandukan doa atas petunjuk yang diberikan,,

bukan senang nak dapat apa yang kita nak.. sapa yang boleh beri kebahagiaan pada kita? manusia? belum tentu.. Allah pasti YA.. kerana jika sejjuta org membenci, mengkhianti kita, mnyakiti hati  kita.. tetapi jika kita sentiasa ada ALLAH pasti DIA akan merawat segala duka lara.  kasih sayang Allah dan rahmatNYA lagi bermakna dan itula yg harus dicari. yakin pada pada ALLAH.. yakin pada janjiNYA..

cukup utk merayu pada manusia.. cukup untuk menegakkan keadilan. cukup untuk bertegang urat untuk menyatakan siapa bena atau salah,,"cara kau salah ikot cara aku" dan cukup2lah menyakiti hati diri sendiri..usah sekali mnyakiti hati org lain...dan  untuk apa berbohong pada diri sendiri.. untuk apa berpura2 pada semua mata jika hati derita,, tp.. kita sanggup telan duka n duri sekalipun demi melihat orang sekeliling kita bahagia.

gerakan hati merupakan petanda ianya benar2 telah terjadi atau mungkin terjadi pada masa itu dan mngkn ianya akn terjadi suatu hari nnt.. namun bahaya juga terlalu bergantung pada gerak hati ..ini kerana syaitan mngkin ingin memperdaya kita. oleh itu ...solat 5 waktu jgn diabaikan.solat istikarah,sola hajat akan membantu kitaa jika dalam kesulitan,

siapa yang tidah ingin bahagia?
siapa yang tidak mahu tenang?
siapa yang tidak mahu kaya?
siapa yang tidak mahu snang?

lihat diri pandang cermin
apa kurang perlu diperbaiki
bukan harap orang jamin
tapi harap ALLAH berkati

aku belajar tentang kasih sayang dengan ujianNYA
aku belajar tentang kejujuran dari petunjukNYA
aku belajar pentingkan diri dari kuasaNYA
aku belajar menagis dari dugaanNYA
aku belajar tersenyum dari rahmatNYA

aku kenal cinta dariNYA
aku kenal dia olehNYA
aku kenal dunia atas agungNYA
aku kenal bahagia atas kasihNYA

jatuh bangun aku bersamaNYA
sedih pilu ku luah padaNYA
sakit derita kulaungkan padaNYA
senyum tawaku keranaNYA


~SNA

lanjutkan harapan & DOA



VPILIHAN:Kecelaruan Mat Lu Mat

opssss. oh mat luthfi...


Thursday, 20 August 2015

Dato Siti Nur Haliza - International Superstar 2015

perghhhh gempak gile.. sedap pulak layan lagu ni.. tp x tau la apa maksudnya.. ok layan dl nnt kita cite lebih2 ek.

.





perghhh ni mmg sodap... mantap2 semua suara dlm ni ditambah pulak dgn iramanya dan persembahannya yang memukau.. menurut Siakapkeli.my..  lagu yang bertajuk Nenjae Ezhu merupakan ciptaan komposer Bollywood dan Hollywood, A.R Rahman... (alamak mcm nama penyanyi pop yeh yeh lak).. terasa betul 1MALAYSIA... dgn harmoni dan ckp muhibbah..


tambah2 lak artis kegemaranku SITI NURHALIZA ni mmg power dan hebat suaranya.. mabeles..


harap2 jgn la hanya harmoni dan bersatu dan muhibbah dlm lagu je rakyat MALAYSIA ek.. kita ni hdp dlm satu negara yg pelbagai kaum sukar utk disatukan hati.. tp dengan setiap antara kita ada rasa hormat menghormati, saling memahami adat dan budaya masing2 dan tiada sikap perkauman mampu menjadikan kita aman dan damai di MALAYSIA bumi bertuah ini..


teringat pada zaman sekolah sy dl .. rakan2 india dan cina kami rapat dan slalu tolong menolang dlm hal2 belajar ni.. tp skrg byk sgt isu races yg kadang2 merasa MElayu ditindak dibumi sendiri..  ye ke? ke MELAYU manja? ke MELAYU cepat putus asa? ke MELAYU ni memang pemurah dan baik sgt..? atau MELAYU ni terlalu bermurah hati? ha..jawap ...apa2 pn jawapan di tangan anda. hehhe.. sy ade jawapan sy.. psyyyyy......................... nnt kita kongsi lbh lanjut..  tp.. ramai je org MELAYU yang berjaya diluar sana.. fikir2kan renung2kan




NUFFNANG