saya mencari kebahagian . saya perlu bahagia. dan saya ingin membahagiakan. semoga kita sama bahagia dunia dan akhirat.
kebahagiaan adalah NIKMAT DARI ALLAH s.w.t.. ada yang telah dan sedang menikmatinya dan ada yang hanya mengimpikan sahaja,, dimana kita? adakah kita benar2 bahagia atau buat2 bahagia?
untuk apa kita melenting, untuk apa menunjukkan baran yang melampau? untuk menunjukkan kuasa dan kekuatan kita? apa hasilnya? siapa yg suka mendekati org yang pemarah? tetapkan di dalam hati untuk terus bersabar dalam ujian Allah, dendam pergilah jauh2.. jangan kau singgah di dalam hati ini, mengelakkn diri dari mengumpat dan terus menyimpan hasad dengki dan iri hati. buang segala keegoaan yg boleh membinasakan diri dan rumah tangga serta tidak riak dgn nikmat dunia yg ALLAH pinjamkan, tidak perlu tamak serta bakhil.. untuk apa harta berjuta, emas selautan jika tiada kebahagiaan. sentisalah bersedekah supaya kita sentiasa bersama org2 dibawah,,, hidup ini bkn sekadar cintakan dunia semata, akhirat adalah yg kekal selamanya.
إذا أنعم عليه شكر، وإذا ابتلي صبر، وإذا أذنب استغفر. فإن هذه الأمور الثلاثة عنوان سعادة العبد، وعلامة فلاحه في دنياه وأخراه، ولا ينفك عبد عنها أبداً.
“Apabila diberi nikmat dia bersyukur, apabila diuji dia sabar, dan apabila berdosa dia beristighfar (bertaubat). Tiga perkara ini merupakan tanda-tanda kebahagiaan seseorang hamba serta tanda kejayaan di dunia dan akhirat. Dan hamba tersebut tidak berpisah darinya buat selamanya.” [Al-Waabil ash-Shayyib, m/s. 5] " ilmusunnah
sedikit video drpd PROF MUHAYA tentang BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN:
assalamualaikum. salam sayang..
~SNA
No comments:
Post a Comment