BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Thursday, 11 June 2015

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-

Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para sainstis mendapati  amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di Negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.

JOM TRY:


  1. Minum segelas air suam  sebaik bangun tidur. Minum air suam di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  2. Minum segelas air suam sejam sebelum tidur.
  3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
  4. Minum setengah gelas/segelas air suam setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
  5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
  6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air suam.
  7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
  8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
  9. Pastikan air suam sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
  10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.
Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air  banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

No comments:

Post a comment

NUFFNANG